Sambal Air Asam Budu
Bahan
20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4 - 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
1/2 cawan Budu
Hirisan bawang besar, untuk hiasan
Cara:
Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat.
Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi.
Tambah gula sebagai pengimbang rasa.
Sambal Air Asam Budu
itulah Resipi Sambal Air Asam Budu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.