RESEPI TEPUNG BUNGKUS MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI TEPUNG BUNGKUS MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI TEPUNG BUNGKUS MUDAH yang perlu Anda ikuti.

TEPUNG BUNGKUS
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:
  1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  4. Sejukkan inti.

Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.

 Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan

 Letakkan dua inti yang telah dibulat-bulatkan.

 Angkat daun pisang sebelah kiri seperti ini supaya adunan tepung menutupi inti.

  Angkat daun pisang sebelah kanan seperti ini supaya adunan tepung menutupi inti.

 Angkat daun pisang sebelah atas dab bawah seperti ini.

Kemudian bungkuslah adunan tepung dan susun di dalam pengukus.
Kukus kuih selama 15 - 20 minit.
Sejukkan.

 Hidangkan.


itulah RESEPI TEPUNG BUNGKUS MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.