Sambal Tumis Petai Ikan Bilis
Bahan-bahan
50 gm ikan bilis yang disiang
4 papan petai - ambil isinya
3 ulas bawang merah di kisar
5 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1 sudu besar air asam jawa
sedikit air
1 labu bawang besar di hiris
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Tos dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan cili dan bawang kisar. Tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar yang di hiris, ikan bilis dan petai. goreng sebentar. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk ikan bilis.
Biarkan mereneh dan kuah menjadi pekat. Angkat dan hidangkan dengan nasi.
Sambal Tumis Petai Ikan Bilis
itulah Resipi Sambal Tumis Petai Ikan Bilis Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.