Resipi Bawal Masak Sambal Kicap Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Bawal Masak Sambal Kicap Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Bawal Masak Sambal Kicap Sedap yang perlu Anda ikuti.


Bawal Masak Sambal Kicap

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal sederhana saiz
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar - potong bulat
2 tangkai cili merah - hiris menyerong
1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
3 biji limau kasturi - perah jus
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dan kelar.  Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga masak, angkat dan toskan.
  3. Tumbuk bawang merah dan putih.  Panaskan sedikit minyak, tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan hirisan bawang besar, cili dan daun ketumbar.  Tumis hingga bawang layu.
  5. Masukkan kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos tomato, sedikit air dan perahan jus limau kasturi.
  6. Masak hingga mendidih.  Masukkan ikan, biarkan seketika.
  7. Angkat, letakkan ikan ke dalam pinggan dan tuang sambal kicap diatasnya.
  8. Tabur sedikit hirisan daun ketumbar sebagai hiasan.


Bawal Masak Sambal Kicap


itulah Resipi Bawal Masak Sambal Kicap Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.