Rojak Buah Indonesia
Kuah Rojak
4 tangkai cili padi
100 gm gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
150 gm kacang tanah - sangai, tumbuk halus
1 sudu besar bijan - sangai
2 sudu besar air asam jawa
1 in belacan - di bakar
Penyediaan :
Tumbuk kasar cili padi, belacan, garam, gula merah, gula pasir hingga rata. Masukkan air asam jawa, kacang tanah dan bijan. Gaul rata.
Buahan Rojak
Sengkuang
Buah betik mengkal
Belimbing
Nenas
Jambu Air
Jambu Batu
Manga
Kedondong
Timun
Semua buahan di potong saiz makan. Gaul bersama kuah rojak.
Rojak Buah Indonesia
itulah Resipi Rojak Buah Indonesia Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.