Nasi Goreng Cina
Bahan-Bahan
2 mangkuk nasi sejuk
4 sudu besar minyak masak
1 biji telur - kocok ringan
4 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, tumbuk
10 ekor isi udang
1/2 keping isi dada ayam - cincang
4 sudu besar sayur campur beku
2 kelopak sayur bok choy atau kobis - potong (jika suka)
1/2 kiub pati ayam - haluskan
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Cara Memasak
Panaskan minyak, masukkan bawang tumbuk. Tumis hingga naik bau.
Masukkan isi ayam, goreng hingga berubah warna. Masukkan pula udang, goreng hingga udang kemerahan.
Selepas itu, masukkan telur, biar sebentar hingga telur hampir masak kemudian gaul sekata bersama bahan-bahan tadi.
Kemudian masukkan nasi dan gaul hingga sekata.
Akhir sekali masukkan sayur campur beku, bok choy dan perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan secubit garam, gaul dan goreng hingga rata.
Hidang ketika masih panas.
Nasi Goreng Cina
itulah Resipi Nasi Goreng Cina Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.