Mee Kari yang sangat Sedap
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 kg mee kuning
Tau pok
Tauhu - goreng dahulu
Fish ball
Fish cake
1/2 kilo santan
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Bahan Tumis
3 ulas bawang putih - cincang
3 ulas bawang merah - hiris
4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 batang serai - ketuk
2 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak masak
3 bungkus kecil rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
Bahan Kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
Pelengkap
Taugeh
Sawi
Kobis
Daun sup dan daun bawang
Limau kasturi
Telur Rebus
Cili merah - hiris nipis
Sawi, Kobis dan Taugeh di celur sebentar dalam air mendidih yang di campur sedikit minyak. Toskan dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais untuk mengekalkan kerangupannya. Toskan
Penyediaan :
- Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan daun kari.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan santan, air secukupnya mengikut kepekatan yang di kehendaki.
- Masukkan ayam, fish ball dan fish cake yang di potong. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Biarkan kuah mendidih, Akhir sekali masukkan tauhu dan tauhu pok.
- Tutup api dan Sedia di hidang bersama mee dan sayuran pelengkap.
Mee Kari yang sangat Sedap
itulah Resipi Mee Kari yang sangat Sedap Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.