Resipi Asam Pedas Ikan Pari Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Asam Pedas Ikan Pari Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Asam Pedas Ikan Pari Sedap yang perlu Anda ikuti.


Asam Pedas Ikan Pari
Sumber :  CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
600 gram ikan pari
12 batang bendi muda
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
1 kiub ikan bilis (optional)
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah, buang biji

Cara-cara :
  1. Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan kerat sedikit pangkalnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 600ml), biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi dan daun kesom, kacau dan masak hingga ikan masak dan bendi lembut. 
  4. Masukkan lada hitam, kiub ikan bilis, tomato, garam secukup rasa dan sedikit gula. masak sekejap.  Angkat dan hidangkan bersama nasi putih, sayur dan telur dadar
    Asam Pedas Ikan Pari
    itulah Resipi Asam Pedas Ikan Pari Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.