Talam Keledek Oren
Bahan-bahan Lapisan Bawah
150gm keledek oren, direbus dan dilecek
200ml air
70gm tepung beras
80gm tepung ubi
200ml santan kotak
120gm gula halus
1/4 sudu teh garam
Bahan Lapisan Atas
60gm tepung beras
60gm tepung ubi
150ml santan pekat
150ml air
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan dan tapis, masuk ke dalam jug kecil
35 biji acuan lompang - leser sedikit minyak
Penyediaan :
- Satukan keledek, air, gula dan garam ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Masukkan tepung dan santan. Kisar hingga sebati. Masukkan ke dalam jug kecil.
- Panaskan pengukus. Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang, kukus selama 15 minit.
- Setelah masak, tuang lapisan atas hingga penuh. Kukus semula selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.
- Sejukkan dahulu sebelum di keluar dari acuan.
Talam Keledek Oren
itulah Resipi Talam Keledek Oren Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.