Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca besar kunyit serbuk*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 genggam kismis
1/2 cawan susu sejat IDEAL
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)
5 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar tomato puree
5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan-bahan Kisar Halus
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 biji cili hijau
Cara Membuatnya
- Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan.
- Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap.
- Matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.
Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken
itulah Resipi Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.