Resipi Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup Sedap yang perlu Anda ikuti.


Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup

Bahan-bahan
300gm labu - kupas dan potong dadu besar
1/2 labu bawang besar - cincang
2 in batang saderi - cincang
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
600ml air
100ml dairy whipping cream
1 sudu besar stok pekat ayam
1/4 serbuk lada putih
1/2 sudu kecil garam halus
Daun parsley cincang

Hidangan :  Roti Perancis di hiris dan di panggang sebentar

Penyediaan :

  1. Rebus atau kukus labu hingga lembut.  Tos dan ketepikan dahulu.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga naik bau.  Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  3. Masukkan air, stok ayam dan isi labu.  Biar mendidih.
  4. Kemudian masukkan garam, serbuk lada putih, kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan whipping cream, biar mendidih seketika sambil di kacau.
  6. Tutup api dan biarkan suam sedikit baru di masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  7. Tuang ke dalam mangkuk dan tabur dengan daun parsley.
  8. Enak di cicah bersama roti perancis yang di bakar rangup.


Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup
itulah Resipi Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.