Resipi Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice Sedap yang perlu Anda ikuti.


Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice

Bahan Nasi
2 pot beras Basmati, cuci bersih, rendam 20 minit, toskan
1.5 liter air
1 sudu besar minyak sapi
sedikit minyak masak
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 helai daun bay
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam

Panaskan minyak, tumis buah pelaga, cengkih, daun bay dan bunga lawang.  Masukkan air dan garam dan biar mendidih.  Kemudian masukkan beras dan masak sehingga 3 suku masak.  Angkat dan toskan.

Bahan Perapan Ayam
1/2 ekor ayam, potong saiz sesuai
1/2 cawan yogurt atau 1/2 cawan susu sejat
4 ulas bawang putih, 2in halia (tumbuk halus)
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 packet kecil rempah briyani
2 biji tomato - potong dadu
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam
1/2 cawan bawang goreng

Gaul semua bahan hingga rata.  Perap selama 20 minit.

Bahan Tumis
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
5 biji bunga cengkih
1 helai daun bay
3 biji buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
1 sudu kecil lada hitam
1 biji ubi kentang - belah 4
1/2 cawan air
2 biji telur rebus
Bawang goreng dan daun ketumbar untuk taburan.

Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bunga cengkih, daun bay, pelaga, kulit kayu manis dan lada hitam dengan api kecil hingga naik bau.  
  2. Masukkan ubi kentang, tumis hingga ubi kentang sedikit perang.
  3. Masukkan ayam yang di perap dan masak hingga ayam berubah warna.  Masukkan air, kacau rata dan tutup periuk, reneh ayam dengan api kecil hingga empuk.  Masukkan telur rebus.
  4. Kemudian tabur beras tadi di atas ayam hingga rata.  Tutup periuk dan masak dengan api sederhana selama 10 minit (jangan terlalu lama nanti bahagian bawah hangus)
  5. Apabila masak, kaup balik perlahan-lahan bahagian bawah ke atas nasi supaya bergaul rata dan nasi tidak patah.
  6. Masukkan ke dalam pingan, tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.


Nasi Briyani Ayam
itulah Resipi Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.