Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun
Bahan-bahan
250gm labu, buang kulit, kukus dan lenyek (sejukkan dahulu dalam peti sejuk)
Kemudian bahagikan :
150gm isi labu untuk inti + 2 sudu besar gula kaster (microwave selama 30saat)
100gm isi labu untuk doh **
Tali cotton untuk mengikat - lumur dulu dengan tepung
Adunan Doh
200gm tepung roti (MFM bread Flour)
20gm susu tepung
40gm gula halus
3gm garam
3gm yeast segera
80ml air suam
100gm isi labu **
20gm mentega tawar
Satukan ke dalam mangkuk tepung, susu tepung, gula, garam dan yis. Gaul rata.
Masukkan air dan isi labu. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan mentega, uli lagi hingga doh menjadi elastik.
Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan mengembang sekali ganda.
Keluarkan doh, leperkan dengan tangan dan potong kepada 6 bahagian doh.
Isi setiap doh dengan 1 sudu kecil inti labu di tengahnya. Tutup dan bulatkan doh.
Setelah selesai, tutup dengan kain dapur dan rehatkan selama 15 minit.
Kemudian ikat doh dengan tali cotton bersilang 8 seperti bentuk labu tetapi jangan terlalu ketat.
Cucuk dengan kuaci sebagai tangkai dan ayak tepung ke atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 20-25minit hingga masak.
Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit, potong ikatan talinya.
Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun
itulah Resipi Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.