Resipi Cucur Kangkung Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Cucur Kangkung Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Cucur Kangkung Sedap yang perlu Anda ikuti.


Cucur Kangkung

Bahan-bahan
2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
100gm udang kertas kecil / bilis halus
100gm sayur kangkung di hiris halus
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air **

Cara-cara :
Satukan semua bahan, tambah air sedikit demi sedikit jika likat tambah sedikit air lagi.  Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak, ambil 1 sudu kecil adunan dan goreng hingga keperangan

Sos Cili
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar dahulu
3 sudu besar sos cili
100gm gula melaka di racik halus
200ml air asam jawa
sedikit garam

Cara :
Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus.  Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam.  Masak hingga hampir pekat.  Hidang bersama cucur kangkung yang dipotong kecil.

Cucur Kangkung
itulah Resipi Cucur Kangkung Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.