RESEPI STEW KAMBING SEDAP MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI STEW KAMBING SEDAP MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI STEW KAMBING SEDAP MUDAH yang perlu Anda ikuti.

STEW KAMBING SEDAP
Bahan-bahannya:
1 kg kambing
1 tin kecil tomato puri
3 senduk nasi cili kering kisar
2 batang saleri - potong 1 inci
2 biji karot - potong 1 inci pjg
2 biji tomato - belah 4
Cendawan butang dalam tin - belah 2
2 biji kentang
 2 sudu makan serbuk sup ADABI
Air secukupnya
Garam Gula

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan tomato puri dan air secukupnya.
  4. Masukkan daging kambing. Masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan kentang, karot, cendawan. Masak hingga sayur empuk.
  6. Masukkan cendawan, saleri dan tomato. 
  7. Masukkan garam dan gula. Rasa biar kuah tu ada masam dan manis sikit.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


itulah RESEPI STEW KAMBING SEDAP MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.