RESEPI AYAM INTANKU SAYANG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI AYAM INTANKU SAYANG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI AYAM INTANKU SAYANG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

AYAM INTANKU SAYANG
(Lauk kegemaran Intan anak saya)

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - garam kunyit dan goreng hingga masak.
5 biji cili kering - basuh dan potong 3. (Nak pedas boleh tambah)
2 biji bawang besar - potong kasar
4 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 inci halia muda - hiris halus
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
1/2 cawan air panas

Cara-caranya:
  1. Menggunakan sedikit minyak menggoreng ayam tadi, goreng sebentar cili kering hingga garing. (Hati-hati ya, jangan sampai cili hangus.)
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan ayam goreng, sos tiram dan kicap manis. Gaul rata.
  4. Masukkan air panas dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat dan menyaluti ayam.
  5. Tutup api. Enak dimakan bersama nasi panas-panas.


itulah RESEPI AYAM INTANKU SAYANG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.