Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan marjerin
1 cawan gula
5 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan pes orange emalco
1 sudu teh esen strawberi
1 sudu teh pewarna pink
Cara-caranya:
- Masukkan ke dalam mangkuk adunan marjerin dan gula. Pukul hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul hingga rata.
- Ayak tepung gandum dan baking powder. Masukkan ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga adunan tergaul rata.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian.
- Satu bahagian dicampur dengan pes orange. Gaul hingga rata.
- Satu bahagian lagi dicampur dengan esen strawberi dan pewarna pink. Gaul hingga rata.
- Griskan loyang dengan marjerin, kemudian ditaburkan dengan sedikit tepung gandum. Buang lebihan tepung gandum di dalam loyang tu. (Tujuannya supaya kek tidak melekat diloyang setelah masak nanti)
- Masukkan adunan kek berselang seli.
- Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit.
itulah RESEPI KEK BUTTER ORANGE - STRAWBERI MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.