Cheese Tart Durian / Durian Cheese Tart
Pastri
250 gm marjerin / mentega
500 gm tepung gandum
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Penyediaan :
Putar mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur, esen vanila dan tepung.
Uli menjadi doh.
Ambil doh dan tekan ke dalam acuan tart, trim lebihannya.
Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau hingga masak.
Sejukkan dahulu kulit tart sebelum di isi filing.
Filling Durian
250 gm cream cheese
150 gm isi durian, lecek hingga halus
30 gm gula aising
2 kuning telur
Putar cream cheese dan gula aising hingga licin. Masukkan isi durian dan kuning telur.
Putar hingga sebati.
Masukkan cream ke dalam piping bag dan picit ke dalam kulit tart.
Bakar selama 10 minit pada suhu 170C.
Cheese Tart Durian / Durian Cheese Tart
itulah Resipi Cheese Tart Durian / Durian Cheese Tart Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.