Resipi Sandwich Telur dan Tuna Mayo / Eggs and Tuna Mayo Sandwich Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Sandwich Telur dan Tuna Mayo / Eggs and Tuna Mayo Sandwich Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Sandwich Telur dan Tuna Mayo / Eggs and Tuna Mayo Sandwich Sedap yang perlu Anda ikuti.


Sandwich Telur dan Tuna Mayo / Eggs and Tuna Mayo Sandwich

Bahan-bahan
6 Keping Roti Sandwich
Mentega atau Marjerin
Tomato - Hiris Bulat
Daun Salad

Bahan Inti Tuna Mayo
1 tin kecil Tuna chunk
1 biji bawang besar - cincang
1 sudu besar mayonis
Perahan jus lemon atau limau nipis
sedikit garam

- Sebatikan semua bahan

Bahan Inti Telur Mayo
2 biji telur rebus, lenyek dengan garfu ketika masih panas
sedikit serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar mayonis
sedikit garam

- Sebatikan semua bahan

Penyediaan :
Sediakan 3 keping roti.
Sekeping, sapu mentega, letak inti tuna dan hirisan tomato.
Sekeping lagi, sapu mentega, letak inti telur dan kepingan daun salad.

Lapiskan keduanya dan letak sekeping roti kosong ke atasnya.  Cucuk di tengahnya dengan lidi supaya tidak bergerak sewaktu di potong.

Potong 3 segi dengan pisau bergerigi, tekan perlahan supaya roti tidak penyek.

Sedia di hidang.

Sandwich Telur dan Tuna Mayo / Eggs and Tuna Mayo Sandwich
itulah Resipi Sandwich Telur dan Tuna Mayo / Eggs and Tuna Mayo Sandwich Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.