Durian Chocolate Crepes
Bahan-bahan
40 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
10 gm tepung jagung
20 gm tepung ubikayu
150ml air
50ml susu cair
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak / mentega cair
1 sudu besar gula kaster
Penyediaan :
Satukan kesemua bahan, kemudian tapis.
Panaskan 7in non-stick pan, sapu sedikit minyak menggunakan tissue dapur.
Tuang 1 senduk kecil adunan dan lengangkan hingga rata.
Masak dengan api kecil hingga permukaan atas mengering. Tidak perlu di terbalikkan.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di isi filing
Filing Durian
Isi durian
Non Dairy Whipping cream - putar hingga kental, simpan sebentar di dalam peti sejuk.
Penyediaan :
Ambil sekeping kulit crepe, picit whipping cream di tengahnya.
Letak isi durian dan tutup semula dengan whipping cream.
Bungkus rapi.
Durian Chocolate Crepes
itulah Resipi Durian Chocolate Crepes Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.