Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken
Bahan-bahan
500gm dada ayam
2 sudu besar daun ketumbar cincang
2 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu teh serbuk lada putih / hitam
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
Daun pandan untuk membungkus
Minyak untuk mengoreng
Penyediaan :
Potong ayam saiz makan.
Kemudian perap bersama bahan-bahan di atas selama 2-3 jam.
Kemudian balut dengan daun pandan berbentuk kon. Gunting bahagian atas daun pandan.
Susun di dalam pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.
Angkat dan toskan di atas tissu dapur.
Goreng terendam sehingga isi ayam keperangan.
Hidang bersama sos cili Thai.
Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken
itulah Resipi Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.