Nasi Hujan Panas
Sumber : FB Atie Jumaat
Bahan-bahan
3 cawan Beras Basmathi (rendam 30 minit), toskan
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
1 tin kecil minyak sapi
1 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
Pewarna hijau / merah / kuning
2 helai daun pandan (simpul)
1 pokok ketumbar
3 cawan air (guna cawan beras)
Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara Menyediakan
- Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, masukkan rempah kasar dan daun pandan di ikuti bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan susu cair, air, gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Tuang ke dalam rice cooker.
- Masukkan beras, kismis dan pokok ketumbar, gaul rata dan tanak sehingga nasi masak.
- Bila nasi telah masak, cucuk dengan chopstik dan buat beberapa lubang.
- Titiskan dengan pewarna merah, kuning dan hijau secara selingan di setiap lubang. Tutup periuk nasi biarkan selama 30 minit.
- Selepas itu kacau nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya ketiga2 pewarna bercampur dan berwarna warni.
Cadangan Hidangan : Acar timun, Ayam masak merah, Kurma atau kerutup daging atau ayam.
Nasi Hujan Panas
itulah Resipi Nasi Hujan Panas Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.