Resipi Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake Sedap yang perlu Anda ikuti.


Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Bahan-bahan
250 gm sponge mix
4 biji telur B
60 gm air
75 gm minyak

Loyang 8in di alas kertas minyak

Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mixer.  Putar perlahan hingga bergaul rata.
Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar sehingga kembang.  Perlahankan mixer, masukkan minyak dan putar hingga bergaul rata.
Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit.
Sejukkan di atas redai dan potong kepada 3 lapisan.  Ketepikan.

Sirap Laici
1 tin Laici, asingkan sirap dan buah
2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kecil air, larutkan
1 sudu besar gula

Masak 1/2 tin sirap laici bersama gula dan larutan tepung jagung hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan dahulu.

Laici Whipping Cream
400 gm non dairy whipping cream
1 sudu besar sirap laici
1 sudu besar instant custard (boleh beli di kedai bakery) jika suka

Satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Ketepikan.

Hiasan :  Buah Laici (keringkan di atas tisu dapur), Buah Strawberry

Penyediaan Kek
Sapu satu lapisan kek dengan sirap laici.  Picit whipping cream dan atur dengan buah laici yang di siat kasar dan hirisan buah strawberry.  Tutup dengan satu lagi lapisan kek dan ulangi lapisan hingga habis.
Tutup kek dengan lebihan whipping cream dan hias dengan buah laici dan strawberry.

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake


itulah Resipi Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.