Resipi Asam Laksa yang sangat sedap Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Asam Laksa yang sangat sedap Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Asam Laksa yang sangat sedap Sedap yang perlu Anda ikuti.


Asam Laksa yang sangat sedap

Bahan-Bahan
1 kg laksa basah atau laksa kering direbus dahulu
1 kg ikan kembung atau sardin
2 liter air
4 keping asam gelugor
2 sudu besar asam jawa + 1 cawan air
2 batang serai, di ketuk
5 tangkai daun kesum
2 bunga kantan, belah 2
Garam secukup rasa

Pes - Kisar Halus
6 tangkai cili kering, rendam dan kisar halus
1 in lengkuas
1 batang serai, ambil bahagian putih
1/2 in kunyit
6 ulas bawang merah
1 in belacan

Bahan-bahan Sampingan
6 tangkai daun pudina
1/2 biji nanas,  dihiris
2 biji cili merah,  dihiris
1 biji timun, dihiris
1 labu bawang besar, hiris halus
1 bunga kantan, hiris halus
4-5 biji limau kasturi, belah 2
2,3 sudu besar petis udang

Penyediaan :
  1. Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.  Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya.
  2. Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit.  Tambah air jika kuah pekat.
  4. Masukkan isi ikan dan biar mereneh selama 15 minit lagi.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Hidang bersama bahan-bahan sampingannya dan petis udang.

Asam Laksa yang sangat sedap
itulah Resipi Asam Laksa yang sangat sedap Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.