Resipi Rojak Mee Kelantan Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Rojak Mee Kelantan Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Rojak Mee Kelantan Sedap yang perlu Anda ikuti.


Rojak Mee Kelantan

Kuah Rojak
5 biji keledek oren
3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
2 sudu kecil garam
8 tangkai cili kering, rendam dan kisar
1 mangkuk air asam jawa

Penyediaan :
Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat.  Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.

Bahan-bahan
1 kg mee kuning, cuci dan celur sebentar, toskan
2 keping tauhu - goreng, potong dadu
4 biji telur rebus - di belah 4
2 biji ubi kentang rebus, potong dadu
Taugeh, celur sebentar
Timun hiris halus
Daun salad - hiris halus
Cucur Udang - potong kecil**

Cucur Udang Keras**
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1/2 cawan isi udang cincang
sedikit serbuk kunyit
1 ikat daun kucai atau daun bawang - potong
3/4 cawan air

Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
Goreng hingga keperangan.  Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.

Rojak Mee Kelantan
itulah Resipi Rojak Mee Kelantan Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.