Resipi Nasi Tomato Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Nasi Tomato Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Nasi Tomato Sedap yang perlu Anda ikuti.


Nasi Tomato
Sumber :  FB Tahrunisah Jali

Bahan-bahan
2 cawan beras Basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia di hiris
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
1 batang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
Hiasan daun pudina dan bawang goreng

Rempah Kasar
1 batang kulit kayu manis
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang

Penyediaan :
Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap.
Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta rempah kasar.
Tumis sehingga naik bau, masukkan tomato paste, serai, kacau sebati.
Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker bersama bahan tumis tadi serta air dan garam.  Kacau biar rata dan tanak seperti biasa.
Bila masak gemburkan dengan garfu perlahan-lahan supaya nasi tak patah.

** Sukatan air bergantung pada beras yang digunakan.  Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan.

Cadangan Hidangan
Ayam Masak Merah, Dalca Daging dan Acar Rampai

Nasi Tomato
itulah Resipi Nasi Tomato Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.