Resipi Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin Sedap yang perlu Anda ikuti.


Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin

Bahan-bahan
120 gm marjerin Puteri
180 ml air
170 gm tepung gandum, ayak
4 biji telur grade A

Penyediaan :
  1. Masukkan marjerin dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masukkan tepung gandum.  Kacau dengan cepat sehingga menjadi segumpal doh.
  3. Angkat, biarkan doh suam atau sejuk dahulu.
  4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga adunan likat dan boleh di picit.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan picit di atas dulang yang di alas baking paper.  Ketepikan.
  6. Sementara itu sediakan bahan craquelin.

Bahan Craquelin
50 gm mentega
50 gm gula perang
60 gm tepung gandum

Penyediaan :
  1. Satukan mentega dan gula perang.  Gaul menggunakan spatula hingga sebati saja, jangan di pukul.
  2. Masukkan tepung dan gaul sebati.  Bungkus dengan plastic wrap dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan dari peti sejuk dan canai, tidak terlalu nipis atau tebal.  Potong empat segi atau boleh di terap.
  4. Letak potongan craquelin ke atas puff.
  5. Panaskan oven dahulu selama 10 minit.  Bakar di rak atas pada suhu 200C selama 15 minit.  Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 15 minit lagi.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum di isi dengan cream.
Cream Filling
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
50gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh mentega

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega.  Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana sambil di kacau hingga meletup-letup.  Tutup api dan masukkan mentega, kacau hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam bekas, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
  4. Keluarkan dan masukkan cream ke dalam piping bag.
  5. Potong puff tetapi jangan putus.  Picit cream ke dalamnya.
  6. Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin
itulah Resipi Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.