Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka
Cara-caranya:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
- Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
- Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
- Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
- Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.
itulah RESEPI SAMBAL TOTOK JAWA MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.