RESEPI BISKUT TIRAMISU 2 MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI BISKUT TIRAMISU 2 MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI BISKUT TIRAMISU 2 MUDAH yang perlu Anda ikuti.

BISKUT TIRAMISU 2
Bahan-Bahannya:
1 peket biskut merie perisa coklat
1 tin susu cair 
1/2 tin susu pekat - saya kurangkan sebab tak suka manis sangat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Nestum
Serbuk milo

 Cara-caranya:

  • Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.
  • Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat.
  • Tutup api.


  •  Susun biskut dalam bekas/ loyang.
  • Masukkan adunan kastard dan ratakan supaya menutupi lapisan biskut. Taburkan nestum diikuti dengan serbuk milo.
  • Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan nestum diikuti oleh milo. Ulang langkah ini hingga habis.
  • Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan nestum dan serbuk milonya.
  • Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam. Lagi lama dalam peti sejuk, lagi sedap.
  • Hidangkan.



itulah RESEPI BISKUT TIRAMISU 2 MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.