RESEPI BISKUT TIRAMISU MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI BISKUT TIRAMISU MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI BISKUT TIRAMISU MUDAH yang perlu Anda ikuti.

BISKUT TIRAMISU
Bahan-Bahannya:
1 peket biskut - dari apa-apa jenis (saya guna biskut cream creakers)
1 tin susu cair - saya guna susu full cream Dutch Lady
1/2 tin susu pekat - saya kurangkan sebab tak suka manis sangat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Serbuk milo

Cara-caranya:

  • Satukan susu cair, susu pekat, tepungkastard, air dan garam ke dalam periuk.
  • Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat.
  • Tutup api.


  •  Susun biskut dalam bekas/ loyang.
  • Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk milo.

  • Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan milo. Ulang langkah ini hingga habis.
  • Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan serbuk milonya.


  •  Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.
  • Hidangkan.


itulah RESEPI BISKUT TIRAMISU MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.