Bahan-Bahannya:
600g udang saiz besar/sederhana besar
5 sudu makan cili kering kisar
1 mangkuk santan
1 sudu makan kerisik
3 helai daun limau purut
garam
serbuk perasa
Bahan Kisar:
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan kecuali udang, garam dan serbuk perasa ke dalam kuali.
- Didihkan. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuahnya agak pekat.
- Masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak dalam 3 hingga 5 minit sahaja.
- Tutup api dan hidangkan....
itulah RESEPI RENDANG PEDAS UDANG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.