RESEPI SUP AYAM BERANEKA MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI SUP AYAM BERANEKA MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI SUP AYAM BERANEKA MUDAH yang perlu Anda ikuti.

SUP AYAM BERANEKA
Bahan-bahannya:
1 mangkuk daging ayam - dipotong dadu
2 biji kentang - dipotong dadu
3 keping pucuk/tauhu kering - direndam hingga lembut dan dipotong 1 inci
Secekak suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
5 kuntum bok nee (cendawan hitam kering) - direndam hingga lembut, kalau besar boleh dipotong2
Sedikit Kim chan - direndam hingga lembut
2 pokok daun sup - dicincang halus
1 sup bunjut Adabi
2 mangkuk air - (ikut banyak mana sup yang anda mahukan)
Garam
serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Inilah rupa kimchan...

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan air, ayam, kentang dan sup bunjut. Masak hingga mendidih dan kentang empuk.
  3. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Masukkan suun dan daun sup. Kacau rata.
  6. Tutup api. Hidangkan.


itulah RESEPI SUP AYAM BERANEKA MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.