RESEPI GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH MUDAH yang perlu Anda ikuti.

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH
Bahan-bahannya:
6 biji telur itik - dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dibuang tulang daun dan dihiris halus
10 biji belimbing buluh - dibelah dua
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Saya gunakan kuali supaya mudah semasa proses memecahkan telur, untuk elak telur hancur.
  2. Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali. Masak hingga airnya kering. (Tujuannya supaya cili masak dan tidak mudah sakit perut).
  3. Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi. (Pastikan sentiasa dikacau).
  4. Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. (Tak perlu kacau kuah sehinggalah telur sudah keras). Perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali. 
  5. Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.


itulah RESEPI GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.