RESEPI NASI GORENG UDANG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI NASI GORENG UDANG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI NASI GORENG UDANG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

NASI GORENG UDANG
Bahan-bahannya:
6 cawan nasi sejuk
Udang - dibersihkan dan digaul dengan garam
3 sudu makan cili kering kisar
1 biji karot - diparut
2 sudu makan kicap lemak masin
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
sejemput ikan bilis

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk,cili kisar dan garam hingga agak garing.
  3. Masukkan udang dan nasi sejuk. Gaul rata.
  4. Masukkan kicap, serbuk perasa dan parutan karot. Gaul rata.
  5. Bila dah rata, setkan api dapur kepada yang paling kecil. Kacau nasi sesekali untuk elakkan bawahnya berkerak. Buat proses ini lebih kurang 10 minit. (Tujuannya ialah supaya nasi mesra dengan bumbu2nya).
  6. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama ayam goreng, telur mata kerbau dan keropok goreng.


itulah RESEPI NASI GORENG UDANG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.