RESEPI KARI IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI KARI IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI KARI IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

KARI IKAN TERMENUNG/ IKAN KEMBUNG
Bahan-bahannya:
10 ekor ikan termenung
2 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
1/2 sudu makan asam jawa + 2 mangkuk air
3 pelepah daun kari
2 biji cili hijau - dipotong 1 inci
2 sudu teh halba campur
7 biji kacang bendi
2 biji tomato - dibelah 2
1 cawan santan

Bahan tumbuk/ hiris halus:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau.
  2. Masukkan paste kari, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan sedikit perasa. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan kacang bendi dan tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


itulah RESEPI KARI IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.