RESEPI CHICKEN CHOP WITH RED SAUCE MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI CHICKEN CHOP WITH RED SAUCE MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI CHICKEN CHOP WITH RED SAUCE MUDAH yang perlu Anda ikuti.

CHICKEN CHOP WITH RED SAUCE
Bahan:
1 ekor ayam (saya suka guna whole leg yg dibuang tulang/ debone)
Tepung jagung utk menyalut ayam
2 biji telur, utk celup ayam
Serbuk roti/bread crump (optional)

Bahan perap:
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak

Sos Lea & Pearin (optional)

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung jagung.
3. Kemudian celupkan ke dlm telur yg telah dipukul
4. Golekkan ayam ke dlm bread crump.
5. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.
** Kalau tak guna bread crump, ayam perap tu celup dlm telur baru golekkan ke dlm tepung dan goreng.

RED SAUCE
Bahan-bahannya:
10 sudu makan sos cili
5 sudu makan sos tomato
2 sudu kecil gula
Garam
6 cawan stok ayam/daging
6 ulas bawang putih - dikisar/ditumbuk
5 cm halia - dikisar/ditumbuk

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Masak hingga mendidih.
  3. Untuk memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah mendidih sekali lagi.
  4. Tutup api. Hidangkan.


itulah RESEPI CHICKEN CHOP WITH RED SAUCE MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.