RESEPI TOMYAM UDANG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI TOMYAM UDANG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI TOMYAM UDANG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

TOMYAM UDANG
Bahan-bahannya:
500 g udang saiz besar
Kobis bunga
1 batang karot
2 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu makan paste tomyam
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 helai daun limau purut - dibuang batang tengahnya
2 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 inci lengkuas - dihiris nipis
2 pokok daun sup - dicincang
2 mangkuk air

Cara-caranya:

  1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang besar, serai dan lengkuas. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan paste tomyam dan karot. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kobis bunga dan daun limau purut. Biarkan mendidih lagi sekali. (Kalau nak pedas bolehlah dimasukkan cili padi yang dititik sahaja)
  4. Masukkan garam, serbuk perasa dan jus limau nipis. 
  5. Masukkan buah tomato dan daun sup. Kacau sebentar dan kuah mendidih.
  6. Tutup api. Baru masukkan udang. Kacau-kacau sebentar hingga kulit udang bertukar merah. (Kuah yang panas akan memasak udang tadi). 
  7. Sedia untuk dihidangkan.


itulah RESEPI TOMYAM UDANG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.