Bahan-bahannya:
600g sotong - dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
1 biji bawang besar - dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau - dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam
Bahan tumbuk/hiris halus:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana
Cara-caranya:
- Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.)
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
itulah RESEPI SOTONG MASAK KICAP RINGKAS MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.