RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG BERKARI MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG BERKARI MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG BERKARI MUDAH yang perlu Anda ikuti.

SAMBAL TUMIS SOTONG BERKARI
Bahan-bahannya:
600g sotong - dibersihkan dan ditoskan airnya
6 sudu makan cili kering kisar
1 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - mayang kasar
Garam
Gula

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kari ikan. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam gelugor, sotong dan bawang besar mayang. Gaul sebati. (Tak perlu masukkan air kerana air dari sotong sudah cukup untuk mendapat sambal yang pekat).
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
  6. Tutup api dan hidangkan.


itulah RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG BERKARI MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.