RESEPI CUCUR JAGUNG/ JEMPUT-JEMPUT JAGUNG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI CUCUR JAGUNG/ JEMPUT-JEMPUT JAGUNG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI CUCUR JAGUNG/ JEMPUT-JEMPUT JAGUNG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

CUCUR JAGUNG/JEMPUT-JEMPUT JAGUNG
Bahan-bahannya:
2 cawan biji jagung - dihiris dari empulurnya
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
2 sudu makan cili kering kisar (pilihan)
1 biji telur
2 cawan air

Cara-caranya:

  1. Masukkan air, telur, garam, gula dan cili kisar ke dalam blender dan kisar hingga telur kembang.
  2. Masukkan jagung dan tepung ke dalam besen.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam besen yang mengandungi tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sebati dan dapat kepekatan yang sesuai. (Kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air).
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
  5. Jemputkan adunan tepung ke dalam kuali dan masak hingga kekuningan. 
  6. Ulang langkah 5 hingga adunan tepung habis.
  7. Hidangkan.


itulah RESEPI CUCUR JAGUNG/ JEMPUT-JEMPUT JAGUNG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.