RESEPI NASI MINYAK MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI NASI MINYAK MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI NASI MINYAK MUDAH yang perlu Anda ikuti.

NASI MINYAK
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi - dicuci dan direndam selama 1/2 jam, kemudian disejatkan.
5 1/2 cawan air
1 inci halia - hiris
1 cawan susu cair
Gula, garam
2 helai daun pandan - dibelah dan disimpulkan
2 sudu makan planta
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
2 biji bawang besar

Bahan Hias:
Biji Gajus
Bawang goreng
Kismis

Cara-caranya:

  1. Periuk nasi diletak di atas dapur gas. Cairkan planta.
  2. Tumis halia hiris, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga wangi.
  4. Masukkan air, susu cair, garam dan gula. Biarkan mendidih.
  5. Alih periuk nasi ke bekasnya. Masukkan beras dan kacau rata.
  6. Tudungkan periuk dan biarkan hingga nasi tanak.
  7. Bila butang cooking dah naik, titikkan sedikit pewarna kuning dan hijau ke aras nasi. (jika suka, tak bubuh pun takpe).
  8. Taburkan biji gajus dan kismis. Tudungkan periuk sebentar.
  9. Kacau nasi supaya gembur. Taburkan bawang goreng.
  10. Sedia untuk dihidangkan.


itulah RESEPI NASI MINYAK MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.