RESEPI NASI MINYAK GORENG BERUDANG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI NASI MINYAK GORENG BERUDANG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI NASI MINYAK GORENG BERUDANG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

Ha! Semalam kan saya masak nasi minyak. Pagi ni tengok ada baki lagi nasi minyak tu. Nak buang kan sayang. Penat-penat kita masak semalam. Lagipun tak baik membazir... Saya tak nak jadi sedara syaitan... Jadi, fikir-fikir nak buat nasi goreng ajelah. Check2 ada pulak udang dalam peti ais. Jadi, terciptalah 
NASI MINYAK GORENG BERUDANG ini. 
Jom! Kita semak resepi mudah ni... (Kalau tak ada nasi minyak, guna nasi putih pun sedap juga...)

NASI MINYAK GORENG BERUDANG
Bahan-bahannya:
Nasi minyak (lebihan semalam) - dikacau-kacau supaya berderai.
1 mangkuk udang (nak letak lebih pun tak apa)
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
2 pokok sawi - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak garing.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Kacau rata hingga ayam dan udang masak.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masukkan sawi dan nasi minyak. Dengan api yang kuat, sentiasa kacau rata. 
  5. Bila dah rata, perlahankan api dan kacau sekali-sekali hingga nampak wap asap keluar dari nasi goreng. (Ini supaya segala bumbu mesra dengan nasi goreng dan nasi goreng tak mudah basi).
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Hiaslah dengan gorengan telur mata kerbau.


itulah RESEPI NASI MINYAK GORENG BERUDANG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.