Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - garam kunyit dan goreng hingga masak.
1 biji bawang besar - mayang bulat
1 biji cili merah - potong dua dan hiris memanjang
6 sudu makan kicap lemak masin
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
serbuk perasa
Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serbuk lada hitam hingga wangi.
- Masukkan kicap dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Masukkan bawang besar mayang, cili merah dan ayam goreng. Kacau hingga rata dan bawang besar serta cili merah layu.
- Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
itulah RESEPI AYAM KICAP BLACKPAPER MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.