Cucur Labu
Bahan-bahan
1 cawan isi labu - di lecek
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula pasir
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yis segera
1/4 sudu teh garam halus
1/4 cawan air suam
Cara-cara
Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
Masukkan isi labu, susu pekat dan air. Uli dengan tangan menjadi doh yang kental hingga rata.
Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 15 minit.
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
Toskan di atas tisu dapur.
Cucur Labu
itulah Resipi Cucur Labu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.