Resipi Talam Kentang Berlauk Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Talam Kentang Berlauk Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Talam Kentang Berlauk Sedap yang perlu Anda ikuti.


Talam Kentang Berlauk

Bahan A 
100gm udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
1/2 batang saderi - cincang halus
1 tangkai cili merah - hiris halus
Daun bawang dan daun sup - hiris halus
Bawang goreng
sedikit gula dan garam
Sedikit minyak

Goreng udang kering, saderi dan cili merah dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan secubit garam dan gula.  Tutup api dan masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.  Gaul rata dan ketepikan.

Lapisan Bawah
400gm ubi kentang, kukus
100ml santan - di masak hingga mendidih, sejukkan
30gm tepung gandum (3 sudu makan)
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih

acuan lompang di sapu minyak / Loyang di alas plastik tahan haba

Lapisan Atas
300ml santan (150ml air + 150ml santan kotak)
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam

Satukan, whisk hingga rata dan tapis ke dalam jug kecil

Penyediaan :
  1. Lecek ubi kentang ketika masih panas, masukkan garam, serbuk lada putih dan tepung.  Gaul dengan spatula hingga rata.  Kemudian masukkan santan dan gaul sebati.
  2. Masukkan 1/2 adunan ke dalam acuan lompang, tekan padat dengan sudu kecil (Adunan kental)
  3. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit.
  4. Kemudian tuang lapisan atas hingga penuh.  Kukus selama 10 minit dengan api sederhana hingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
  6. Tabur bahan A di atasnya hingga penuh.
Nota :  Tujuan santan di masak terlebih dahulu supaya kuih tidak cepat basi.

Talam Kentang Berlauk
itulah Resipi Talam Kentang Berlauk Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.