RESEPI KEK CREPE COKLAT OREO MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI KEK CREPE COKLAT OREO MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI KEK CREPE COKLAT OREO MUDAH yang perlu Anda ikuti.

KEK CREPE COKLAT OREO
Bahan-bahan untuk crepe:
6 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/3 cawan butter yang dicairkan
1 sudu teh esen vanila
50g gula kastor
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
Cara membuat Crepe:

  1. Pukul telur, air dan susu hingga sebati. Masukkan esen vanila dan butter cair. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan gula, tepung dan koko. Kacau rata. (Selepas step ini, saya masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga sebati).
  3. Menggunakan non stick pan, panaskan. Masukkan 1 senduk adunan. Buat seperti lempeng. Tak perlu terbalikkan lempeng. Bila atasnya sudah masak, terus angkat masukkan dalam pinggan. (Saya tak guna sudip untuk angkat crepe. Cuma terbalikkan pan atas pinggan. crepe akan jatuh elok atas pinggan tanpa koyak).
  4. Ulang langkah (3) sehingga adunan habis.

Bahan Untuk Topping:
2 cawan Non Dairy whipping cream
Biskut Oreo (Dibuang cream dan dihancurkan) - atau beli yang dah siap hancur di Kedai Bakery

Cara Melapis Crepe:

  • Lapiskan crepe dengan whipping cream. Taburkan dengan biskut oreo. Ulang langkah ini hingga habis.
  • Akhir sekali, salut kek coklat crepe dengan whipping cream. Hias ikut selera masing-masing. 


itulah RESEPI KEK CREPE COKLAT OREO MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.