Talam Keledek Ungu
Bahan A
20gm tepung beras
20gm tepung jagung
50gm santan pekat (santan kotak)
400ml air
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Biar sejuk dahulu sebelum di isi ke dalam piping bag.
Bahan B
250gm keledek ungu, rebus hingga empuk, lenyek
250gm gula pasir
250ml air
150gm tepung ubikayu
30gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
30 biji acuan lompang - gris dengan minyak masak
Penyediaan :
- Satukan keledek, gula, garam dan air ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kisar hingga bergaul rata. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
- Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan lompang dan picit adunan A di tengahnya.
- Panaskan pengukus dan kukus selama 15-20 minit hingga masak.
- Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Talam Keledek Ungu
itulah Resipi Talam Keledek Ungu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.