Resipi Lompang Udang Kering Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Lompang Udang Kering Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Lompang Udang Kering Sedap yang perlu Anda ikuti.


Lompang Udang Kering

Bahan A
100gm udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
1/2 batang saderi - cincang halus
1 tangkai cili merah - hiris halus
Daun bawang dan daun sup - hiris halus
Bawang goreng
sedikit gula dan garam
Sedikit minyak

Goreng udang kering, saderi dan cili merah dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan secubit garam dan gula.  Tutup api dan masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.  Gaul rata dan ketepikan.

Bahan B
280gm tepung beras
60gm tepung ubi
900ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur

Acuan lompang, di leser sedikit minyak

Cara-Cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis.
  3. Tuang hampir penuh ke dalam acuan lompang dan kukus selama 20 minit dengan api sederhana.
  4. Angkat dan sejukkan dahulu.
  5. Keluarkan dari acuan dan tabur bahan A dan bawang goreng.


Lompang Udang Kering
itulah Resipi Lompang Udang Kering Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.