Resipi Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll Sedap yang perlu Anda ikuti.


Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll

Bahan-bahan
500gm isi ayam cincang
250gm isi udang cincang
1 biji telur A
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk 5 rempah (5 spice powder)
1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan bawang cincang
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1/2 cawan daun bawang cincang
1/2 cawan cendawan hitam - cincang (black fungus)
1/2 cawan sengkuang cincang
2 sudu besar tepung jagung

10 keping Fucuk - rendam sebentar bila boleh di lentur, potong kepada 2 atau 3 bahagian.  Toskan di atas kain dapur.
(Jangan rendam terlalu lama)
Pelekat :  2 sudu besar tepung gandum + sedikit air (kacau rata, jgn terlalu cair atau pekat)

Penyediaan :
Gaul kesemua bahan, masukkan telur dan tepung, sos,minyak bijan dan garam.  Gaul hingga sebati.

Ambil sekeping fucuk, letak inti di tengahnya tinggalkan 1cm bahagian tepi untuk mengulung.
Lipat kedua bahagian tepi, gulung hingga ke depan.  Lekatkan bahagian dalam lipatan dengan bancuhan tepung dan hujung tepi supaya tidak terbuka.

Buat hingga habis.  Atur di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
Hidang bersama sos cili.

Fu Chuk boleh di hidang samada di kukus atau di goreng.

Fu Chuk Roll Kukus

Fu Chuk Roll Goreng

Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll
itulah Resipi Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.