Sagat Ubikayu
Bahan-bahan
500 gm ubikayu, kupas dan cuci bersih
150gm gula melaka (3 keping), racik halus
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan - potong pendek
1/2 biji kelapa + sedikit garam, kukus sebentar
Penyediaan :
Ubikayu di sagat kasar, perah sedikit airnya, kemudian gaul dengan garam hingga rata.
Bahagikan kepada 2 bahagian ubikayu dan 2 bahagian gula melaka.
Panaskan pengukus, atur potongan daun pandan di dalam pengukus.
Tabur 1 bahagian parutan ubikayu hingga rata di atasnya di ikuti 1 bahagian hirisan gula melaka. di tabur rata.
Kemudian tabur atasnya baki ubikayu dan gula melaka, letak potongan daun pandan dan kukus selama 25-30 minit hingga masak.
Angkat dari pengukus dan aduk dengan garfu hingga bergaul rata.
Hidang dengan taburan parutan kelapa di atasnya.
Sagat Ubikayu
itulah Resipi Sagat Ubikayu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.